bagi konsep majlis kahwin tradisonal, lauk pauk yang dihidangkan adalah lauk-lauk kampung yang memang membuka selera apatah lagi dengan khidmat dari caterer Z&Z..foods memang sedap..berbaloi. Tengok setting meja semua berlapik dengan kain batik, ada lesung batu untuk sambal tempoyak , cencaluk dan sambal belacan, nyiru dipenuhi ulam-ulam..
Ada kerabu pucuk paku, sambal tumis ikan bilis dengan petai..Setiap meja ada disediakan labu sayung yang mengandungi air cukup sejuk untuk membasahkan tekak. kuih bakar, karipap & cucur badak ditutup dengan tudung saji comel, semua tetamu makan bersila , kerusi tidak disediakan.
Pengantin juga makan bersila mengadap pelbagai makanan enak bagi upacara makan beradap...ish..udang panjat.tu.... dan meja buffet ditemani dengan gerai kecil beratapkan nipah dan lampu mentol sebagai station untuk kuih muih dan buah-buahan.